
Baru je semalam perselisihan faham antara Rita Rudaini dan Mertua dikhabarkan sudah berakhir, tapi hari ini lain pula ceritanya bila Rita Rudaini membuat kenyataan kat mymetro yang semua itu adalah dusta. Naik pening kami dibuatnya. Anda baca apa yang dilaporkan oleh mymetro kat bawah ni.
Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.
Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.
“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.
Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.
“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.
Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.
“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.
Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.
“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.
“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.
Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.
“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.
Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.
“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.
“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.
+ mymetro






el says:
January 31st, 2011 at 3:38 pm
haigh.. apakah la diaorg nie? kak rita, smoga kuat menempuhi semua nie…jg diri, kandungan dan rayyan baik2..
[Reply]
wawa says:
January 31st, 2011 at 4:51 pm
papon na ucpkn moga2 tiada lg laa p’slisihan phm antra rita n mertua
[Reply]
hazura says:
February 1st, 2011 at 10:48 am
banyakkan bersabar… hari ni rita susah… banyak maslah… insyaallah… satu hari nti kebahagiaan milik rita juga bersama suami dan anak2… kene bersabar… allah menduga pd org yg benar2 layak utk menerima nya… doa yg terbaik utk rumah tangga rita dan suami…
[Reply]
akak says:
February 1st, 2011 at 1:28 pm
assalamualaikom….nasihat akak baik untuk aidil @ rita…Jangan terlalu keras kepala..tak rugi meminta maaf @memaafkan orang lain..kita sendiri pun bukan perfect mana pun….klu ikut kronologi nyer..tak der masalah…Ibubapa dah bagi restu…yg bermasalah..anda sendiri..tak tau lah mana satu…kesiankan anak-anak..tu yang dalam perut tu..dengar apa yg mak ayah maksudkan…..cuba rujuk balik pada ustaz @ustazah…kita hidup bukan lama…selagi Allah bagi nyawa selagi itulah…kita hidup dengan syariat…semoga Allah bagi petunjuk…
[Reply]
akak ina Reply:
February 18th, 2011 at 11:05 am
setuju kak!
[Reply]
Kak hairun says:
February 1st, 2011 at 3:33 pm
Bila Aidil kata dah damai,Rita ucap ajelah alhamdulillah, insyaalah ok.
[Reply]
eizan nizam says:
February 3rd, 2011 at 2:59 pm
ermm betul tu “kak hairun” sampai bila asik nak bergaduh perang sana sini,jika di kenang kembali silap n salah itu mmg tak akan kesudahan la sampai bila2,jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga,kedua-dua belah pihak nak keras kan kepala pun tidak elok jugak silap2 nati anak yang bakal di lahirkan nie lagi keras kepala dari ibu bapa dia,kak rita & aidil jangan la asik nak bertelagah buruk nanti dalam kandungan itu mewarisi sifat kamu berdua nanti,”aidil kamu kan sudah jadi ketua keluarga kenapa kamu tidak menjaga hak kamu dengan baik?” kamu yang akan menentukan hala tuju keluarga kamu sendiri isteri kamu sebagai penolong & penyeri rumah tangga kamu.kamu berdua tanya lah kepada diri sendiri kenapa kamu mendirikan rumah tangga kak rita & aidil,jangan jadi macam selebriti yang lain kawin bagai nak rak kecoh sana sini last2 bercerai, aidil kamu sudah ada tanggung jawab yang berat laksanakan dengan adil,kamu berhak dengan keluarga yang kamu telah bina. LAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB DENGAN ADIL DAN AMANAH ITU HAK KAMU,KELUARGA KAMU. family is family-responsibility is responsibility
[Reply]
yen says:
February 5th, 2011 at 5:45 pm
orang tak alami dia x faham apa rita rasa… cuba ko org kat tempat dia???? x t,cakap ko org. x payah la nasihat rita, cuma dia beriaksi setelah apa yg dia lalui.
laki dia muda sangat kalau kata matang…emm tak kot!!! matang pasal nak memiang ok la kot but if matang nk jadi ketua keluarga yg bertanggung jawab tak la… tak caya tanya rita!!!!!
x ku paham apa jenis laki yg x menyebelahi isteri…. bebal tul.. if aku jd rita dh lama blah.
rita berhak dapat laki yg jauh lebih bagus. laki tu APA ADA????????? hensem???? emmm pada aku cam kartun jer… tendang bola pun x brapa btl lg.
p/s to rita….. yes kawin kena jaga rumah tangga but if u seorang jer sampai bila boleh bertahan????
sementara masih cantik dan muda masih boleh perbetulkan apa yg pada permulaaanya dh salah….
u berhak bahagia !
[Reply]
Bunga Sarawak Reply:
February 10th, 2011 at 1:04 pm
To Rita,
Aku kesian la kat ko. Tinggalkan jer mamat tak guna tu…kalau dia nak dengar sangat cakap family dia tuh,,,aaa kawen la dengan mama dia tu…geram aku tengok lelaki yang tidak ada pendirian…sudah berumahtangga pun masih tak faham-faham…
Family dia pun satu hal..jangan la sibuk hal rumahtangga dia org…
Rita…aku harap dan doakan ko akan jumpa dengan insan yang jauh lebih baik dari jantan keparat hipokrit tuh!!
Berlambak jantan kan dunia ni…
eee….gerammmm….
[Reply]
SHAI Reply:
June 16th, 2012 at 6:08 pm
Setuju sesangat..klu tk tau tjwb..nk enjoy..lepaskan rita cara baik..perkahwinan satu tjwb dn pengorbanan
[Reply]
rayyan says:
February 9th, 2011 at 1:25 pm
mama papa jgn gaduh2 lg.. ingat x dulu susah2 smpai kawen pun kat ngara org. lps tu rhsiakan hubungan hmpir setahun. xkan lps susah smua tu sng2 je nak berpisah.. mama ngn papa x kesian kan rayyan ngn baby dlm perut tu ke??
[Reply]
prolever says:
February 10th, 2011 at 9:33 pm
perkahwinan ini melibatkan antara suami dan isteri. Apabila pergaduhan berlaku, campurtangan org ketiga dalam masalah ini ibarat letak garam kat tempat luka.. Nasihat dari saya, kalau suamisteri bergaduh, jangan bgtau sesiapa. Sebab pergaduhan suami isteri adalah asam garam dalam kehidupan.. Kalau boleh cepat2 berbaik dan jangan mudah terpengaruh degan kata2 org lain.. Yg penting, banyakkan berdoa supaya kedua2 cepat lembut hati dan satu perkara lagi.. ada ayat dalam al-quran yg boleh lembutkan hati. tapi ada cara die..
1. baca surah Taha ayat 1-5..
2. dah abis baca sembur kan dahi suami/isteri, lepas tu sapu..(buat time die tido)
3. kene amal berterusan sampai la nampak perubahan.. isyaallah mujarab..
[Reply]
Qiqi says:
March 10th, 2011 at 3:02 pm
yang aku nampak dari apa yang berlaku, Rita seorang yang tak matang. Itu pasti.
Dia x hormat perasaan orang lain, x hormat perasaan orang tua.
Apa yang berlaku dah berlaku. Sepatutnya dia bersatu dgn keluarga bukan menambah rencah, owh..lupa, dia kan celebriti tapi HAPRAK. mesti nak jadi isu, iye x?
kesian kat keluarga Aidid.
sekian, itu saje.
[Reply]
minah kerek says:
March 12th, 2011 at 6:37 pm
bila pkawenan tnpa restu ni..byk la mslah yg melanda..
[Reply]
aku says:
January 12th, 2012 at 2:14 am
dua2 pun slah…yang pastinya zaquan tak yahlah masuk campur. apa yang rita kata pasal u ada benarnya tp tak yahlah bg tau 1 malaysia, cik rita oi. maruah keluarga mentua kenalah jaga juga.
[Reply]
SHAI says:
June 16th, 2012 at 6:16 pm
aidil..engko kan suami…sepatutnya engko lbh bersabar..dn berfkr dgn waras…bayar bil isteri bersalin pon ungkit ker…
[Reply]