Ady Putra Sahkan Fail Permohonan Untuk Bercerai

Thursday, May 17, 2012 10:28
Posted in category Bermasalah, General, Panas

ADY PUTRA SAHKAN FAIL PERMOHONAN CERAI

Jika Aidil Zafuan telah menarik balik hasratnya mahu menceraikan Rita Rudaini (post sebelum ini), lain pula ceritanya dengan aktor yang boleh dikatakan agak handsome jugalah iaitu Ady Putra apabila dia sendiri mengesahkan berita yang bertebaran mengenai rumah tangga’nya yang dikatakan sedang retak menanti belah.

Ady Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu. Menurut Ady Putra, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,”

Dalam pada itu, Ady turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak apatah lagi wujud pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kepada umum kerana bimbang mengaibkan orang lain. Seperti kata Ady yang kami petik daripada mStar Online:-

“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya. Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang,”

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ady Putra Sahkan Fail Permohonan Untuk Bercerai”

  1. Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri | Zon Artis says:

    May 18th, 2012 at 6:04 pm

    [...] telah menfailkan permohonan untuk bercerai yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, namun Adi Putra masih belum [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D