
Walaupun telah menfailkan permohonan untuk bercerai yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, namun Adi Putra masih belum memutuskan samada dia mahu menceraikan isterinya, Aida Yusof ataupun sebaliknya.
Menurut Adi Putra, dia dan isteri akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini (21 Mei 2012) sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina selama enam tahun. Seperti yang dikatakan oleh Adi Putra:-
“Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut.”

Nora Danish dan Adi Putra dalam salah satu babak Aku Terima Nikahnya
Ketika ditanya adakah Nora Danish yang pernah digandingkan bersamanya dalam drama bersiri Tentang Dhia dan dalam filem Aku Terima Nikahnya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga’nya, Adi memberitahu bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.
“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,”

Bagi yang masih belum tahu, Adi Putra baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah pada 8 Mei lalu dan menyatakan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Psstt: Ada sesiapa nak join kami nengok filem SNOW WHITE & THE HUNTSMAN?






mamagebu says:
May 21st, 2012 at 5:36 pm
seandainya masih ada ruang utk bersama, beri lah peluang…perceraian bukan lah sesuatu yg indah…
[Reply]