Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin

Tuesday, June 5, 2012 13:25
Posted in category Bermasalah, General

GAMBAR KAHWIN ADDA BUTTERFLY

Mengejutkan! Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda yang merupakan vokalis Kumpulan Butterfly dan ramai mengenalinya sebagai bekas kekasih Mamat Sepah telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Adda yang ditemui ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem ‘Mael Lambong’ yang berlangsung semalam mengesahkan perkara tersebut.

Berikut penjelasan daripada Adda:-

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,”

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja. Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda mengakui yang dia tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Psstt: Cool pula nengok sarung iPad ekslusif Ed Hardy ni~

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin”

  1. wan says:

    June 6th, 2012 at 12:51 am

    soal kawin dan cerai,bkan lah satu permainan.So!LU FIKIR LAH SENDIRI…!!!tk perlu lah nk cari GLAMOUR MURAHAN di Media dan sebagai nya.ITS OVER…Cukup lah Adda Butterfly ! kenapa saya cerai kan awk dalam masa tempoh 17 hari berkahwin sahaja,sedangkan saya dah berumahtangga selama 18 tahun,,n sebelum menikahi dgn awk,awk sendiri pn dah tahu status saya suami org,mempunyai seorang isteri n 3 orang anak,8,14 dan 17 tahun…so,awk jgn pura2 tk tahu dan nk buat statement yg bukan2 terhadap diri saya n keluarga saya,penceraian ini,tk ade kene mengena dgn isteri mahu pn ahli keluarga saya,dan awk pn dah tahu,kenapa saya cerai kan awk,dalam masa 17 hari sahaja saya berkahwin dgn awk ??? so,, ini pengajaran bg awk,,d belakang hari n jgn buat lagi,,sekira nya awk bertemu jodoh sekali lagi yer,,,

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D