
Ekoran kelantangan Abby Abadi yang rasanya semua orang tahu kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan ‘Gerak Khas’, Dato’ AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu tersebut.
Seperti kata AC menerusi Twitter’nya:-

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu. Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video ketika perhimpunan tersebut adalah:-
“Memang diorang (pegawai2 warden yang bertugas) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu …. dikira bersubahat.
“Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..
“Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu … kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni … maksudnya mendera tu … semua MENTERI YANG SURUH! Mungkinlah suruh … tapi dia lebihkan lagi.”
Untuk lebih jelas, anda boleh lihat video kat bawah ni:-





Cherita chinta says:
July 30th, 2012 at 3:18 am
Ciankannnn….malukan diri sendiri je
[Reply]