Abby Abadi Dan Zul Putus Cinta

Wednesday, October 26, 2011 22:10
Posted in category Bermasalah, Gambar, General, Gosip

ABBY ABADI DAN ZUL PUTUS CINTA

Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, Abby Abadi tiba-tiba menulis satu post di blognya dengan mengaku yang dia dan Zul Ariffin sudah tiada apa-apa hubungan istimewa atau dalam bahasa mudahnya sudah putus cinta.

Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan. Seperti yang ditulis oleh Abby di blognya:-

Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.

Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(

Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.

ABBY ABADI DAN ZUL PUTUS CINTA

Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”, gabungan nama Zul dan Abby.

Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’

Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.

Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt ‘cepat belajar’ & lakonannya, Sy sendiripun ‘rasa’ & ‘suka’. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian. Ye kan? Sy peminat setia ‘Zul Ariffin’ skrg,

Bagaimanapun, disebalik kesedihan atas ‘kehilangan’ itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan berharap dia tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang.

ABBY ABADI DAN ZUL PUTUS CINTA

Psstt: Anda boleh baca post penuh Abby tu kat blog’nya DI SINI. Kat post tu, anda boleh melihat banyak gambar yang dikongsikan oleh Abby terutamanya gambar-gambar semasa dia bersama Zul.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D