
Ini suatu yang baik buat kumpulan trio, ‘3 Suara‘ yang terdiri daripada Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah untuk mengembangkan lagi jenama ’3 Suara’ kerana mereka bakal mengadakan sebuah konsert khas di Esplanade, Singapura pada November tahun ini.
Menurut Ning Baizura, penerbit mereka iaitu Kevin Chin, baru sahaja mendapat tawaran daripada pihak pengurusan Esplanade pada dua minggu lalu dan sudah pasti tawaran ini merupakan peluang yang besar untuk mereka mengembangkan jenama ’3 Suara’ ke luar negara.
Anda jangan tak tahu, lagu Beribu Sesalan bukan sahaja diminati di Malaysia malah ianya mendapat sambutan yang hangat di Singapura. Suatu yang membanggakan. Apa pun, tahniah dari kami kerana diberi kepercayaan untuk membuat konsert di Esplanade, Singapura.
ZON ARTIS: Sebelum terlupa, tahniah juga diucapkan kepada Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah kerana lagu Beribu Sesalan diangkat sebagai naib juara di Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung semalam. Anda bertiga memang hebat! (bodek sket).






Apadehal says:
January 31st, 2012 at 9:17 am
tahniah 3 suara.. tp lama lg kot bulan november tu.. sempat lagi expired org cakap.. huhu..
[Reply]