2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7

Thursday, May 5, 2011 11:15
Posted in category General

GAMBAR PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

Stesen televisyen ntv7 telah mencatat satu sejarah apabila sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan siaran secara langsung perkahwinan hebat kerabat Diraja Britian, Putera William dengan Kate Middleton yang berlangsung pada 29 April lalu.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu memperlihatkan bahawa stesen berkenaan berjaya mencari pengaruh dengan menyiarkan acara berprestij itu terus menerus dari London.

ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan menerusi perkahwinan tersebut selain menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards.

Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin Diraja dan keluarga mereka.

Tahniah ntv7. Kalau dapat maintain jumlah penonton macam ni untuk setiap siaran istimewa, confirm banyak syarikat nak beriklan tu. Hee..

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Putera William & Kate Middleton

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7”

  1. syok.my says:

    May 5th, 2011 at 1:35 pm

    pergh! ramai tu.. kalau setiap sorang bg rm1, dah boleh jd jutawan segera ni.. huhu.. apa2 pun, tahniah ntv7..

    [Reply]

  2. peminat scha says:

    May 7th, 2011 at 12:57 am

    saya adalah salah seorg antara 2.3 juta tu.. tahniah ntv7

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D